Wednesday, March 25, 2009

Aku tak kuat

Dari aku kecik sampai aku dh besar panjang..mak aku selalu kata aku ni keras kepala, degil dan macam2 lagi la..nak menangis susah..Tapi selepas aku kahwin semua yang negatif tu aku rasa dah berkurangan..aku bertukar menjadi seorang yang lebih sensitif, mudah terasa...lebih2 lagi setelah aku bergelar ibu..sikit2 nak nangis..tak dapat nak ditahan2 lagi..

Baru-baru ni ayah aku telah disahkan mengidap CA Rektum Tahap 3..atau bahasa kita kanser usus..aku cuba menerimanya dengan penuh redha..tapi rupa-rupanya aku tak kuat..di depan family aku, aku cuba tunjuk yang aku ni tak apa2..tp bila aku berseorangan..air mata mengalir tanpa dipinta..setiap kali selepas solat aku tak putus2 memanjatkan doa agar kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini..lebih-lebih lagi ayah aku sendiri..aku cuba untuk menjadi kuat dengan harapan memberi semangat serta kekuatan pada ayah aku yang kami sekeluarga ingin lihat dia segera pulih..

Pada 23/3 baru-baru ini kami pergi ke HUKM kerana Hospital Tengku Afzan telah mengarahkan ayah aku ke HUKM untuk rawatan lanjut. Rupa-rupanya tak semudah yang disangka..ayah aku perlu datang sekali lagi ke HUKM pada 7/4 untuk simulation for radiotheraphy and chemotheraphy (R&C)..kemudia baru lah dia akan dimasukkan ke dalam waiting list untuk menjalani rawatan R&C yang akan mengambil masa 5-6 minggu..Aku berharap segalanya akan berjalan dengan lancar..

Aku tak kuat..aku tak kuat untuk menghadapi semua ini..apa yang perlu aku lakukan? aku hanya hamba Allah yang kerdil..kita semua milik Allah..itu yang pasti..

Tetapi aku perlu kuat..demi ayah, demi mak..moga2 kami sekeluarga berjaya mengharungi dugaan ini..

"Chaiyok!Chaiyok!"

1 comment:

Anonymous said...

saba lah anis yeee... banyakkan selawat... dan doa kan yg terbaik.. aku dh laluinyee