Thursday, November 12, 2009

Ayah pergi jua...

13/10/2009...satu tarikh yg tidak akan aku lupakan sampai bila-bila..terlalu berat untuk aku mulakan entry ini..

Pada pagi itu..aku ke pejabat seperti biasa..aku terfikir kenapa dgn rayyan malam tadi..kenapa dia tidak tidur sampai ke pagi..dia leka menonton TV..walaupun skali skala dia menghampiri aku untuk menyusu..dia kembali menonton TV...apabila aku bangun utk solat subuh dia msh menonton TV..aku menjadi pelik..ada sesuatu akan berlaku ke ari ni? Oh tidak! 2-3 ari lepas aku ada bermimpi gigi geraham aku tercabut..abis berdarah dlm mulut aku..seolah2 gigi aku itu benar-benar tercabut..Dlm minggu lepas juga mata kiriku bergerak2..isshhhh!! kenapa ni? semasa arwah nenek meninggal Februari lepas, perkara sama berlaku..adakah ayah??? Ya Allah! Jangan la Kau ambil nyawa ayahku dulu..aku ingin menziarahinya hujung mgu ini..

Bla aku sampai ke opis..aku memulakan kerja seperti biasa..sehinggalah waktu tengah hari..aku kuar lunch..lebih kurang 4 lebih..tiba2 ada satu panggilan masuk dari kakak aku.."Hello!"ucapku pada kakak.."sah, ayah dah x de!"..."Apa?" balasku..seakan gugur jantungku mendgr berita itu..aku meraung sekuat2 atiku..mengapa ya Allah? mengapa? aku seolah2 hilang akal..rakan pejabat sibuk memujukku..tp aku bnr2 sedih..

Rakan pejabat terpaksa menelefon suamiku untuk mengambilku pulang..keadaan aku ketika itu tdk mengizinkan aku untuk memandu..sesudah suamiku smp..kami trs ke Kota Damansara utk mengambil Rayyan dan mengemas baju..

Tiada apa yg dpt kukatakan lagi..ayah pergi jua..pergi tak kembali..

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah..dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..Al-Fatihah..Amiin"