Hmmm.."tak kenal maka tak cinta"..itu lah agaknya kata-kata yang boleh digunapakai untuk orang macam saya ni..Rupanya buat blog ni seronok jugak ye..sebab kita boleh tulis apa saja yang kita suka..selagi tidak melanggar tatasusila budaya melayu kita..itu yang penting..
Baru-baru ni saya telah bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang telah sekian lama tidak bertemu. Boleh dikatakan semuanya telah berjaya di bidang masing-masing. Pertemuan dengan merekalah yang memberi cetusan idea untuk penghasilan blog ini. Terima kasih ye kawan-kawan..
Dengan niat untuk saling bantu membantu maka terhasillah juga blog ini.
Semoga dengan kewujudan blog ini,kita dapat bantu membantu antara satu sama lain.
Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk meletakkan apa sahaja maklumat yang ingin dikongsikan bersama sila maklumkan pada saya. Bayaran yang minimum akan dikenakan. Bagi sesiapa yang ingin memiliki blog sendiri juga tiada masalah..itu bisa diatur..Segalanya Bermula Di sini..
"Happy Blogging"
No comments:
Post a Comment