Wednesday, October 28, 2009

Aidilfitri 2009

Maafla ye sbb terlmbt masuk entry utk raya ni..

Raya kali ni aku mengambil kesempatan untuk menziarahi rakan2 yg telah sekian lama tidak berjumpa walaupun sbnrnya kami duduk sekampung, sedaerah dan senegeri..

Pada hari raya ke-2, aku telah smp di kg bersama suami dan baby..setelah bermaafan dgn mak dan ayah..kami meminta izin beraya bersama kwn2 aku..

Tahun ini..kawanku dari Sg.Lembing Cik Edal dan Cik Ja telah dtg beraya di kg kami iaitu Felda Bukit Goh..setelah mrk smp di umahku utk beraya..kami bergrk menuju ke umah Sarina bersama2 dgn Faizah..kemudia mrk terus ke Bandar Indera Mahkota untuk menghadiri open house Dr.Jafanita dan Marni. Aku pula singgah di umah Fae utk beraya..kemudian aku juga menyusul ke umah Dr.Jafanita.

Memandangkan kami telah berada di kwsn Indera Mahkota, aku teringatkan kwn suami aku iaitu En.Said di Bkt Setongkol..jd apa slhnya kami pergi beraya keumahnya..lalu suamiku tlh menelefon En.Said..Alhamdulillah..dia ada di umah ibu mertuanya..

Selepas itu kwn2 ku telah mencadangkan utk beraya ke umah cikgu sejarah kami di SMTA iaitu Pn.Norehan..alamak! asben dh janji dgn kwn dia..x dapek la aku ikut mrk..

Setelah beraya di umah Dr.Jafanita, kami beraya pula di umah Marni..wahhh..mmg beraya sakan la..slps tu barulah kami beraya ke umah En.Said..

Pd keesokan arinya..aku x kemana-mana memandangkan aku perlu menjaga ayah bersama kak ida..mak ingin pulang ke kgnya di temerloh sekejap..ayah mmg x bleh tinggal sorg..x pe la..smlm aku dh beraya sakan..cuma ari ni kwn2 plan nak beraya ke Sg.Lembing..apakan daya aku..menjaga ayah lebih penting..slps mak smp dr Temerloh..aku bergerak blk ke KL sbb cuti aku mmg dh abis.. :( cuti yg plg pendek dlm sejarah..

Wednesday, September 16, 2009

Menjelang Syawal 1430

Wahhh..Aidilfitri semakin hampir..x sabar rasenya nak menyambut ari raya..tp thn ni x de la meriah sgt sambutan memandangkan ayah msh lg sakit..jd kami sambut ala kadar saje..

Tahun ini juga keluarga suami bakal menerima ahli baru..bayi aidilfitri yg sedang ditunggu kedatangannya..bila2 masa saje..Oleh kerana adik ipar nak bersalin di KJMC, maka mak mertua dah ada di rumahku in standby mode..jd kami x blk ke tapah la thn ni..beraya kat Kota je la nmpknye..my brother in law and his family also will come to Kota to celebrate ari raya and menunggu baby aidilfitri..

Tahun ini juga aku x dpt cuti panjang memandangkan cutiku sudah abis digunakan memandangkan aku kerap blk ke Ktn utk melihat ayah...tp x pe...dpt blk tu pun dh kira ok..hari rabu aku dh kena msk opis..alahai..

Hmmmm...persiapan raya pun x bape nak buat..tp kuih raya tetap ada..dpt la order 3-4 jenis..sekadar nak memeriahkan aidilfitri nnt..

X sangka kan..pejam celik, pejam celik..aidilfitri bakal menjelang tiba hujung minggu ini...semoga aidilfitri yg bakal menjelang memberi seribu kebahagiaan buat kita semua..

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Monday, August 24, 2009

1 Ramadhan 1430

Pada 22.08.2009 yang lalu bermulalah hari pertama umat Islam berpuasa..Ini merupakan tahun yg ke-3 aku menyambutnya sebagai isteri dan ke-2 sebagai ibu...

Kami telah bersepakat utk menyambut ramadhan kali ini dengan penuh kesederhanaan..pembaziran tidak dibenarkan sama sekali..itu pesan suami aku..

Menjelang saja ramadhan fikiran aku terus melayang terkenangkan ayah dan mak yg menyambutnya pertama kali di hospital..ayah msh tidak dibenarkan keluar..aku berdoa agar Allah S.W.T mempermudahkan emak dlm menjalani ibadah puasa di samping menjaga ayah yg sakit..aku juga berdoa agar ayah segera sembuh..Tiada apa yg dapat aku gambarkan melainkan berdoa dan berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran ini..

"Salam Ramadhan 1430"

Friday, August 14, 2009

Oh ayah!


















Ayah..

Betapa aku ingin berada di sisi mu di ketika dan saat ini..
Betapa aku sentiasa berdoa agar kau segera sembuh
Betapa aku ingin melihatmu kembali seperti dulu
Betapa aku sentiasa ingin melihat kau kembali senyum

Ayah..

Kami sayang kamu
Kami sokong kamu
Kami perlu kamu
Kami rindu kamu

Ayah..

Segala nasihatmu menjadi pegangan kami kini
Segala tunjuk ajar mu menjadi ikutan kami kini
Segala katamu menjadi ingatan kami kini

Ayah..

Tak terbalas budimu pada kami
Tak terbayar jasamu pada kami
Tak ternilai kasih sayangmu pada kami
Tak terucap terima kasih kami pada kamu

Ayah..

Kuatkan semangatmu..
Tabahkan hatimu..

Sembuhlah ayah..

Dari kami..
Insan-insan yang menyayangi kamu..
Isterimu,anak-anakmu, menantu-menantumu dan cucu-cucumu..

Hasil nukilan..
aneess
14 August 2009

Friday, August 7, 2009

03.08.2009 - Hari Jadi Ayah

Pada 03.08.2009 yang lalu adalah hari lahir ayah..mmg x de buat sambutan apa2 sbb kebetulan pada ari yg sama ayah kena operate untuk kali ke-2...mmg sedih yg teramat sgt..apa yg dpt kami lakukan hanya berdoa pd Allah S.W.T smg ayah selamat menjalani pembedahan tersebut..

Selepas pembedahan, ayah berada di ICU selama 3 ari..mmg sedih melihat keadaan ayah sakit yg teramat sgt..aku menahan air mata dari tumpah di depan ayah..keluar je dari bilik ICU..air mata aku x dpt ditahan2 lg..mencurah laju tanpa dipinta..betapa aku kesian melihat keadaan ayah..alangkah bagusnya andai dpt aku berada di sisi ayah..

"Semoga ayah cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T.."

Wednesday, August 5, 2009

Another Operation..

On 3rd August 2009..my father had another operation..he has to have the operation because after the 1st operation he can't eat @ drink..pity my father..

2 days before the operation, all of us (brothers and sisters) were coming back to see him..to give him support and courage..

After the operation, my father was sent to ICU..no complication but it is a MUST for him to stay at ICU..

On Monday night, I asked my husband to go back to my hometown to see my father. I also asked my brother to go back with me.

Yesterday, during 1st session visiting hour, we went to the hospital to see him. As he is in the ICU, we have to follow very strict rules. When I called my father, he gave some response..means he can hear what we were saying..Alhamdulillah..

During 2nd session visiting hour, I recite Yaasin for him and some other ayat-ayat suci Al-Quran..

"Ya Allah Ya tuhanku, kau sembuhkanlah ayahku..berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi ujian dari Mu ini Ya Allah..Amiin"